Tindak balas politik Komplot pengeboman pesawat rentas Atlantik 2006

Komplot ini telah dibincangkan pada tahap-tahap kerajaan yang tertinggi sebelum penangkapan dibuat, dengan Perdana Menteri Tony Blair mengetahui hal ini selama beberapa bulan, dan menyedarkan Presiden George Bush tentang penyiasatan itu pada hari Ahad, 6 Ogos. [19]

Beberapa jam sebelum penangkapan-penangkapan pada 9 Ogos, John Reid, Menteri Dalam Negeri, menyampaikan sebuah ucapan utama kepada Demos, sekumpulan pemikir UK, yang membayang-bayangkan terhadap satu pusingan penggubalan baru undang-undang anti-terorisme dan mendakwa bahawa negara mereka telah menghadapi "tempoh yang mungkin paling kekal terhadap ancaman yang paling teruk sejak keakhiran Perang Dunia II". [20] Pada hari berikut, beliau menyebar berita itu ketika Perdana Menteri ke luar negeri untuk percutian. [21]

Di Amerika Syarikat, pengumuman terhadap komplot yang tergagal itu dibuat semasa persidangan akhbar bersama antara Michael Chertoff, Ketua Jabatan Keselamatan Tanah Air, Alberto Gonzales, Peguam Negara, dan Robert Mueller, Pengarah FBI. Chertoff enggan menjawab soalan-soalan mengenai reka bentuk peranti-peranti atau adakah bom-bom itu sebenarnya telah dibina. [7]

Pada hari yang sama, Presiden George Bush berkata ketika ketibaannya di Wisconsin: "Penangkapan-penangkapan terkini yang warganegara-warganegara kita kini dapat tahu merupakan suatu peringatan sebenar bahawa negara kita adalah dalam peperangan dengan orang-orang Fasis Islam yang akan menggunakan apa jua cara untuk memusnahkan mereka daripada kita yang mencintai kebebasan supaya dapat mencederakan negara kita." [21]

Rujukan

WikiPedia: Komplot pengeboman pesawat rentas Atlantik 2006 http://www.cbc.bb/content/view/6845/10/ http://www.cbc.ca/world/story/2006/08/10/bombing-a... http://blogs.abcnews.com/theblotter/2006/08/explos... http://www.britishairways.com/travel/flightops/pub... http://www.chron.com/disp/story.mpl/ap/politics/41... http://edition.cnn.com/2006/US/08/10/us.security/i... http://edition.cnn.com/2006/WORLD/europe/08/10/uk.... http://edition.cnn.com/2006/WORLD/europe/08/10/uk.... http://www.cnn.com/2006/US/08/10/us.security/index... http://www.cnn.com/2006/WORLD/europe/08/10/uk.terr...